Wah2..sempena keberkatan hari jumaat, nampaknye ramaile yg surf website Airasia..then tiap2 minggu la plan nak terbang kesana kemari..pasni sure hari minggu xde doh muke kat taman2 permainan n soping kompleks sbb sumenya telah terbang...hehe
ni aku copy berita baik dari AirAsia kat Utusan Online
KUALA LUMPUR 21 Okt. – AirAsia Bhd memperkenalkan “Hari Penerbangan  Hebat” yang membolehkan pelanggan menikmati tambang rendah  setiap  Jumaat ke destinasi terpilih.
Mulai esok, penumpang akan diberi tawaran tambang murah bermula 11  malam hingga 4 pagi bagi tempoh perjalanan daripada 1 hingga 30 November  tahun ini, kata syarikat penerbangan itu dalam kenyataan hari ini. 
"Ini merupakan satu lagi kempen pemasaran kreatif AirAsia untuk  menyediakan nilai harga berbaloi kepada pelanggan,” kata Ketua Komersial  Serantau, Kathleen Tan.
Tawaran mingguan itu membolehkan pelanggan memaksimumkan rangkaian  laluan AirAsia dan ke rangkaian di seluruh rantau ASEAN, China, Taiwan,  India, Jepun, Korea Selatan, Australia dan Eropah.
Kempen minggu ini menawarkan tambang serendah RM55 perjalanan sehala  ke destinasi seperti Phuket, Jakarta dan Kuching, dan mereka yang  berminat boleh melayari www.airasia.com atau www.mobile.airasia.com  setiap Jumaat semasa waktu yang dinyatakan. – Bernama

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


 
 
2 comments:
wau! kalo balik perak ada tak? dia bagi tak cacing naik kapal terbang???
cer ko cek cacing..manatau kot2 airasia nak bg servis baik di terus hanto depan pintu umah..haha
Post a Comment