Rezeki blogging..tq 4 klik

Friday, August 27, 2010

Apalagi yang selamat?

Takde idea nak tulis tapi just nak share info ni dengan korang sume. Takut plak aku dengar berita semalam, dlu aku ingat hanya ikan yg payah nak dapat kat perairan malaysia je diletak ubat pengawet mayat..yg aku tau mcm ikan terubuk (one of my feveret, bila dah tau jd takut nak makan) tapi lam berita semalam kebanyakan ikan mmg dileletak ubat pengawet mayat cuma antara banyak n sedikit je. Takutnya aku dengar walaupon mayb itu mmg antara langkah2 nak jamin ikan segar tapi apa gunanya. Even diaorg letak skit tapi klo dah hari2 dok mngadap ikan, bayangkan bape byk kita kumpul bahan kimia tu dalam badan..hush ngeri..geli pon ada. Patutla bila aku balik Endau, dapat mkn ikan fresh..mmg sedap sgt, manis je. Ayam pon x berapa elok mkn sgt2 sebab kdg2 ianya dicucuk, ni dr apa yg aku dgrla. Sebelum ni aku mmg dah plan xmo kerap sgt beli ayam, ye la takut jugak, ank n mak pak pon montel, klo asik makan ayam je lagi naikla badan ni. Tapi disebabkan anak2 ske mkn ayam, mmg xde pilihan. Klo ayam kampung senang nak dapat ok gak... For sure esok aku pegi pasar, mual je tgk ikan..tambah klo mata ikan pon dah naik merah cam mata hantu..:P

UPM cipta alat kesan pengawet mayat pada ikan

SERDANG 26 Ogos — Sekumpulan penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya mencipta alat pengesan bahan pengawet mayat yang terdapat pada ikan dan makanan laut.
Penyelidiknya, Prof. Madya Dr. Fatimah Abu Bakar berkata, alat yang menggunakan teknologi biosensor itu sangat pantas dan berkesan untuk mengesan penggunaan bahan kimia tersebut yang boleh menyebabkan kanser jika dimakan.
Katanya, ia hanya mengambil masa 10 minit sahaja berbanding secara konvensional iaitu selama satu hari dan ia mudah digunakan berbanding kaedah sedia ada yang memerlukan masa yang lama, rumit dan khidmat pakar di makmal.
“Keputusan yang diperolehi juga tepat kerana ia sensitif dalam mengesan kandungan kadar formaldehid dalam produk makanan yang diuji.
Alat itu juga dapat membantu agensi pengawasan dan pemantauan termasuk Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia serta pengguna dalam memantau penyalahgunaan bahan kimia terlarang itu,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Dr. Fatimah berkata, produk itu masih dalam peringkat prapengkomersialan dan menunggu mana-mana syarikat yang berminat untuk mengkomersialkannya.
Formaldehid adalah bahan pengawet mayat yang banyak digunakan dalam sektor perkilangan seperti pembuatan kertas, plywood, dan di hospital untuk tujuan pengawetan tisu spesimen.
Bahan kimia itu berbahaya kepada manusia kerana boleh menyumbang kepada risiko penyakit kanser paru-paru, kanser otak dan leukimia...copy dari Utusan Malaysia ON9

0 comments:

Friday, August 27, 2010

Apalagi yang selamat?

Posted by kemma at 4:54 AM

0 comments on "Apalagi yang selamat?"

©2009 da tru luv | by TNB