Sekali korang baca tajuk ni agaknya sure korang pk aku pi berjalan kat taman botani ke or taman2 yg terdapat kat Jb ni..hehe
Sebenarnya aku nak cerita pasai tanaman warisan dalam family aku. Maksudnya tanaman turun temurun. Klo dolu nenek moyang yang tanam , la ni zaman mak n mak sedara aku plak. Tapi next..rsenya cam dah x berapa ada kot sbb masing2 dok umah taman..mana nak tanam melambak lambak kan?klo sepasu dua tu boleh le.
Sure bengang je baca sbb nak tau sgt ape sebenarnya tanaman a.k.a makhluk itu..hehe
jeng..jeng..jeng..pokokkkkkkkkkk kucai mak aku
Pokok kucai ni tanaman tok aku dulu..pas mak aku dk umah sendiri. Mak aku tanam sepasu dua.Lama2 makin banyak aku rse ade la lam 50 biji pasu skg ni...mak aku xmo tanam byk2 x larat nak jaga..almaklumla mak aku pon dah tua.. Selalunya ade la org yg meniaga Char Kuey Tiaw beli lam Singgit..Singgit tu 1 pasu tau. Bulan posa lagi ramai yg datang beli..maklumla klo beli kat kedai 50 sen, secoet je dapat..ni beli fresh dari ladang..50sen melambak.Dolu2 klo time aku nak buat cucuq kucai..aku pilih yg gemuk2.(mcm aku..hihi).mmg melambakla kucai lam jempt aku tu..besala free kan..
Mak aku ade lam 50 pasu..mmg x abih punyala mkn. Makcik aku a.k.a adik mak aku ade kat 1000 pasu..cer korang bygkan. Klo lalu depan jln raya nak ke Simpang, Taiping..pandang je belah kanan bila sampai Batu 6..sure akn nampak deretan pokok kucai yg tersusun cantik...makcik aku lg detail jaga pokok kucai dia..sbb kucai mmg sumber rezeki utama makcik. Tapi itu sume sampai tahun lepas je...sbb tanah tu dah dibeli oleh kakak aku lam 10 tahun dolu. Skg ni 1000 pasu kucai tu dah di jual sbb kcik aku nak bina rumah kat tempat tnm kucai tu. So mak aku je la yg ade kucai dengan banyaknya. Kat umah kakak2 aku msing2 ade sepasu dua pokok kucai..aku je yg xde :P
Ni aku nak share khasiat kucai..credit to http://ummuayman.wordpress.com
Kucai adalah sejenis sayuran yang menyerupai pokok bawang yang berasal dari keluarga Lili. Tumbuhan ini tengik baunya tetapi enak dimakan samada sebagai sayur atau ulam.
Kucai mengandungi vitamin B dan C, karotin dan komponen belerang. Ia dapat mengubati penyakit-penyakit seperti senggugut, penyakit keputihan, darah tinggi dan sembelit.
Kucai bertindak sebagai antiseptik untuk membunuh kuman bakteria dalam usus dan menjadi perangsang dalam proses pengecutan serta pengembangan usus. Ia juga melancarkan pengaliran darah, sekali gus menghindarkan pembekuan darah. Cara penggunaannya adalah menumbuk daun kucai sehingga lumat dan kemudian dikacau dengan air panas lalu diminum. Penggunaannya adalah lebih mujarab sekiranya diminum setiap pagi.
Selain pokok kucai..arwah ayah aku ade tanam pokok bunga kantan. Sedaaaaaaap sgt letak lam laksa or asam pedas n nasi kerabu. Kat keliling umah aku ade la lam 15 rumpun. Kat kebun lam 30 rumpun. Dolu mse aku cuti sem..bila time arwah ayah balik dari kebun ..aku la tukang kira n susun bunga2 kantan letak lam guni sbb soknya ayah nak hantar g pasar. Sllunya sekali kutip smpai cecah 400 kuntum..bila ditolak kat pasar diaorg amik 15/20 sen sekuntum..jadila dari dibiarkan cam tu je. Berbudi pada tanah dapat hasilnya..lagi pon arwah ayah mse tu dah pencen so xde ape nak buat selain xtvt bercucuk tanam n dusun duriannya.
Sampai sini dulu cerita aku yea..nnt aku cerita lagi..:))
2 comments:
teringat keutiaw goreng pah yang bnyak kucai...=(
kalau nak bagi gemok pokok kucai letak baja apa yer??
Post a Comment