Terkejut baca kat fb bekas husband siti nordiana ..faizal yusof tu dah dijemput ilahi..innalillah..sesungguhnya ajal maut itu telah ditentukan olehNya..Semoga roh beliau ditempatkan bersama orang yang beriman..amin takziah ke atas seluruh ahli keluarga nya. sedih plak rase bila denar berita terkejut tentang kematian ni..semoga Allah panjangkan usia seluruh insan yang aku sayang..
KUALA LUMPUR 1 Jan (Bernama) — Pelakon, Faizal Yusof meninggal dunia kira-kira 1.45 tengah hari ini di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), Jalan Tun Razak di sini akibat serangan jantung.
Faizal, 32, dikatakan pengsan di rumahnya di Anjung Villa Bandar Baru Sentul di sini kira-kira 9 pagi akibat serangan jantung sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Faizal dikenali kerana lakonannya dalam beberapa drama bersiri di televisyen seperti Tiramisu dan Manjalara.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Rosmunira Rashid, 27, yang sedang mengandung lima bulan.
Allahyarham pernah berkahwin sebelum bercerai dengan penyanyi Siti Nordiana dan dikurniakan seorang anak lelaki, Mohd Rayyan Nakhaie, 2 tahun sembilan bulan. — Bernama
credit to mr google |
1 comments:
kema, btul tu..aku pun terkejut jgak..yerlah mati secara tiba2...
tulah insaf jugaklah dibuatnya, mati ni bukan kira usia...penyakit pun mcm tu jgk....serang tak kira umur...
sgt2 lah insaf dan takut dgn kematian nii..risau aku, klo aku mati..anak aku tu mcm mana...huhhh
Post a Comment