Rezeki blogging..tq 4 klik

Monday, August 30, 2010

Mood raya:)

Memang betui terasa bahang Aidilfitri. Ni aku nak pantun..hihi

Takbir bakal bergema,
 meriah terasa di merata rata,
Aidilfitri dah x lama,
Dah siap ke persiapan kita ?

Weekend, aku amik kesempatan mengemas umah abis-abisan. Basuh langsir, nnt nak pasang langsir baru..cuci tingkap..ni kakak n adik yg bersihkan..cuci kipas kerja En Amy..bunga??lom beli lagi..umah aku xde bunga pas aku decide nak buang bunga yg dah bertahun2 aku pakai..hihi.."Yang..nnt kita beli baru kat kedai bunga baru buka kat depan jakel tu  yang ehh, x bseri umah xde bunga" wink.:) senyum meleret skit. Hope En Amy leh paham ler..x meriah asik memandang bunga lama je..dah btahun dah weii..asik rendam je bila raya..tahun ni nak ganti yg baru..hihi

Petangnye aku plan nak buat kuih keria a.k.a coq keria, n lauk simple2 je..smbl sotong, ikan selar grg n kangkung grg belacan. Dlm kul 8 lebih , En Amy ajak pegi makan ABC..nak wat cmne siang kan pose..utk hilangkn teringin nak mkn ABC pegi je la..lg pon ABC Kpg Melayu JB ni, kalau skali rse sure teringat hehe..kena la ngn musim panas skg..fuh maveles

Esoknya, En Amy ajak ke Ayer Itam coz my SIL dtg dr Mersing nak beli kerepek2 kat Ayer Itam. Dlm Kul 11 kitaorg bertolah dari JB n my SIL btolah dr mersing lam kul 8.30 camtu. So kitaorg bertuma kat Ayer itam n terus bertolak ke Parit Raja tempat aku sll beli kerepek2 tok raya. Panas sgt cuaca..mood nak amik pic pon xdak a.k.a terlupa tp sempat plak En. Amy snap pic kerepek. Bila dah on the way balik br nyesal x amik pic mse borong2 kat kedai kepek tadi.
byk weii..gle membeli..pastu gle memakan..:P

Sampai sini dlu..Salam Merdeka n 1 Malaysia untuk sume

Friday, August 27, 2010

Apalagi yang selamat?

Takde idea nak tulis tapi just nak share info ni dengan korang sume. Takut plak aku dengar berita semalam, dlu aku ingat hanya ikan yg payah nak dapat kat perairan malaysia je diletak ubat pengawet mayat..yg aku tau mcm ikan terubuk (one of my feveret, bila dah tau jd takut nak makan) tapi lam berita semalam kebanyakan ikan mmg dileletak ubat pengawet mayat cuma antara banyak n sedikit je. Takutnya aku dengar walaupon mayb itu mmg antara langkah2 nak jamin ikan segar tapi apa gunanya. Even diaorg letak skit tapi klo dah hari2 dok mngadap ikan, bayangkan bape byk kita kumpul bahan kimia tu dalam badan..hush ngeri..geli pon ada. Patutla bila aku balik Endau, dapat mkn ikan fresh..mmg sedap sgt, manis je. Ayam pon x berapa elok mkn sgt2 sebab kdg2 ianya dicucuk, ni dr apa yg aku dgrla. Sebelum ni aku mmg dah plan xmo kerap sgt beli ayam, ye la takut jugak, ank n mak pak pon montel, klo asik makan ayam je lagi naikla badan ni. Tapi disebabkan anak2 ske mkn ayam, mmg xde pilihan. Klo ayam kampung senang nak dapat ok gak... For sure esok aku pegi pasar, mual je tgk ikan..tambah klo mata ikan pon dah naik merah cam mata hantu..:P

UPM cipta alat kesan pengawet mayat pada ikan

SERDANG 26 Ogos — Sekumpulan penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya mencipta alat pengesan bahan pengawet mayat yang terdapat pada ikan dan makanan laut.
Penyelidiknya, Prof. Madya Dr. Fatimah Abu Bakar berkata, alat yang menggunakan teknologi biosensor itu sangat pantas dan berkesan untuk mengesan penggunaan bahan kimia tersebut yang boleh menyebabkan kanser jika dimakan.
Katanya, ia hanya mengambil masa 10 minit sahaja berbanding secara konvensional iaitu selama satu hari dan ia mudah digunakan berbanding kaedah sedia ada yang memerlukan masa yang lama, rumit dan khidmat pakar di makmal.
“Keputusan yang diperolehi juga tepat kerana ia sensitif dalam mengesan kandungan kadar formaldehid dalam produk makanan yang diuji.
Alat itu juga dapat membantu agensi pengawasan dan pemantauan termasuk Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia serta pengguna dalam memantau penyalahgunaan bahan kimia terlarang itu,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Dr. Fatimah berkata, produk itu masih dalam peringkat prapengkomersialan dan menunggu mana-mana syarikat yang berminat untuk mengkomersialkannya.
Formaldehid adalah bahan pengawet mayat yang banyak digunakan dalam sektor perkilangan seperti pembuatan kertas, plywood, dan di hospital untuk tujuan pengawetan tisu spesimen.
Bahan kimia itu berbahaya kepada manusia kerana boleh menyumbang kepada risiko penyakit kanser paru-paru, kanser otak dan leukimia...copy dari Utusan Malaysia ON9

Thursday, August 26, 2010

Peluh dingin..betui ke jawapan aku ni

Kakak baru balik dari sekolah agama pukul 4 td, lepas salin baju dia baring2 kat sebelah aku. Sian jugak tengok, ye la dah le musim panas puasa plak tu..xpela selagi dia tahan aku akan terus bagi galakan :)

Tetiba dia tanya aku,
kakak: mama, haid tu ape?
mama: nape? kakak blaja kat sek agama td ke?
kakak: a'ah, ustazah kata kalau haid kna mandi"
mama:haid tu darah yg kluar melalui tut...itu tandanya kita ni..org ppuan dah jd org dewasa..kna jaga kbersihan, kn ade rsa malu, haid tu.yg selalu mama pakai kotex tu..kan tiap2 bulan mama cakap mama uzur pastu xleh nak semayang n ajar kakak n adik baca iqra'
kakak:oww..yg kencing kuar darah tu ke?yg kna pakai pampers tu ehh?"
Akhirnya pada usia 7 tahun anak aku dah mula bertanya pasal ni. Takut pon ade takut salah jawab. Aku ingat benti kat situ je, dia tnya lagi
kakak: mama org laki ade haid tak?
mama: xde, ppuan je
kakak: ustazah kata ada..nmanya manis..klo manis kluar kna mandi jugak"
nak tergelak plak aku..manis??? bukan manis la kakak mani..
kakak:mani tu apa mama?
mama:???? blank xtau nak ckp camne :P
mama:mcm air kencing jugak........:P ok ke jawapan aku ni???..adoiii xtau nak jawab ni..
Sebaikla soklan2 itu berhenti disitu je..tapi sebelum ni dia ade tanya gak..
kakak: mama ..baby keluar ikot bontot ehh mse kat spital..
mama: ishhss..spe cakap?kluar ikot perut
kakak:xde pon jahit kat perut mama
mama:dah ilang la ..sbb tu kna sapu ubat mse pntg..
hilang kata betul nak menjawab ni.

malam ni c kakak sbok plak bcerita hal haid yg ustazah kat sekolah citekan pada dia dekat adam..adoii..kepochi c adam tu!!!!adam pon dah start tanya tadi.."mama ,klo uzur pakai pampers ke"..rse cam nak marah je..huhu..xske2..

Tapi inila perkembangan yg normal bagi kanak2 kan?tapi aku sgt takut anak2 dapat penerangan yg salah dari kwn2 or org yg cuba rosakkan pemikiran diaorg. Takutnya..dahle gejala moral skg berleluasa..nak2 plak ade je  mcm2 adegan lam drama kat tv. Klo aku tgk movie..bila smpai part romantik2 skit..aku suh tukar channel lain..bukan ape ank2 ske gila tgk part kissing2..siap senyum lagi tu..mmg aku perati je muka diaorg klo time tgk tv.

Serius aku cakap aku takut jugak makin lama anak2 akan tanya soklan yg lebih mencabar..tambah2 mcm berita yg diaorg pon dah bleh faham...mnatau nnti kuar plak soklan seks tu apa mama??mati aku nak jawap. Walauapapon aku mesti prepare, mest cuba terangkan atleast diaorg faham n x tersalah anggap.

Klo korang ade pengalaman menangani soklan2 camni dr ank2 anda..pls la share dgn aku..scary la
kat bawah ni antara pic kakak n adik..diaorg ni mmg kamceng..bila time baik perghh buat aku geram..bila time perang bleh pecah umah..wlauapapon klo diaorg xde wpon shari boleh buat aku sasau..

Permata hati mama n abah..smoga menjadi ank2 yg soleh & solehah

sayang kakak, adik n baby..muahhhhhhh

Mereka bagaikan kembar..x boleh dipisahkan..mna ada kakak kat situ mesti ada adik. Adik pelindung bagi kakak n akan tumbuk org yg cakap kakak gemuk..:P haippp..nak kna la tu

Tuesday, August 24, 2010

Mencabar betul hari ni..

Hari ni aku betul2 rse mcm kekontangan.. rse cam betul2 dihidrasi..sebaik x pengsan je. Nak bf ammar pon rse x mampu. Pukul 3ptg tadi rse x mampu dah, kering sgt..abis rse pedih2 kat bibir. Ammar plak asik merengek je, mayb x puas menyusu. Sahur tadi aku amik milo secawan n segelas air suam...nak minum byk tp dah x bleh masuk.Tapi aku tahan je..sayang nak tinggal. Biasela cuaca hari ni pon panas. Lagipon ni adalah salah satu cabaran bagi ibu2 yg bf di bulan ramadhan..apapon itu adalah pengalaman  n pengorbanan..:) Menjadi ibu  perlu kuat mental n fizikal..chayook2 :P. Pas berehat lam stgh jam aku pon dah start nak masak nasi ayam..kan aku cakap ibu2 ni, kalau mcm mana pon dalam hati mesti dahulukan ank2..yap..there are my everything.. kakak n adik pon berpose x pnh merungut, that's why aku sgt cuba memenuhi apa yg diaorg teringin nak makan.

Memenuhi permintaan mereka juga, hari ni menu berbuka nasi ayam n lengkong/agar2 sirap santan. Si kakak yg nak makan sgt ns ayam.. dia cakap beli x sedap...(perasan msk sedap la tu :P..sila muntah klau  meluat..nak buat camne ank2 mest minat mak dia masakkan kan?) hehe
menu berbuka td nasi ayam+ lengkong sirap santan

 Malam ni aku nak minum banyak2...:P

Dah agak dah..baru posa ke berapa ade yg kena

Hari ni baru 13 Ramadhan, tapi berita budak yg kena mercun dah lebih dari 5 ..ape la budak2 ni. Aku rsekan raya kita je, asik2 budak kena mercun. x kirala buatan sendiri ke apa. Raya kaum lain xde pulak, klo ade pon mayb kes2 yg terpencil je. Bila tengok news kat tv jd geram plak, bukan ape geram sebab diaorg ni xtau takut n geram kat org yg jual mercun yang merbahaya tuh. Klo setakat bunga api okla n certain2 mercun yg boleh dianggap selamat. Siyess kat area umah aku ni pon dah acapkali dah dgr dentuman mercun. Bila kena yg kuat, perghh bengang siot. tambah plak ammar tdo pon leh terkejut..siyes aku maki:P
Go to fullsize image
from yahoo search..ingat kn nk letak pic org kna mercun..eii ngeri la plak

Td tengok berita, kes  kat Kota Bharu lagi, budak pra sek yg nyaris buta terkena mercun bola,before this budak darjah dua pon sma kena serpihan letupan mercun bola.. hishh mmg aku menyampah gila kat mercun bola ni, kuat nak mampus bunyi dia..tambah2 plak kita dok ralit masak ke, dok buat biz lam toilet ke..bleh gugur jantung oooo.

Kata org x meriah klo x bunyi dentuman mercun, abis meriah sgt ke klo mata buta sebelah kena mercun, jari putus 3 sbb mercun meletup kat tangan. Td mse tengok news, aku cakap kat adam," ha'ah tgk tu, xdan apa2 lg dah kna mercun..x pasal2 je mata ceme sebelah..adik nak jadi camtu ke?? adam geleng kepala.."adik main bunga api je..pastu main mercun bawang.." hahaha.. mercun bawang tu sma ngn mercun pop yg bila kita baling kat lantai dia meletup.

Kecik2 boleh la diatur, naik sekolah rendah skit, kurang je perhati mula la ade je akai diaorg ni nak buat macam2. Pastu pandai plak bg alasan. Ya Allah jauhkan la anak2ku dr semua itu. Ada juga org cakap "bestnya ank2 ang dah besa, anak2 aku kecik2 lg"..best x bestla..cabaran anak yg besar lagi teruk dari jaga ank kecik.  Anak kecik bleh gak kita marah or sekat, tapi anak2 yg dah besar ni byk pendekatan kna guna, pendek kata mmg kena main ngn akal n perasaan. Sebab tu bila pk cabaran2 membesarkan anak2 ni, makin takut rsanya...harap2 aku dapat membimbing mereka menjadi org berguna. Aikkk.. melalut kemana la aku ni.. bukan apa..kdg2 geram dgr berita budak kena mercun..pada aku ni sume sbb x dgr cakap mak bapak la ni..tp klo dah tersurat nak kna mercun ..Allah sahaja yg mengetahui.

mama: ank2 plz la dgr cakap ibu bapa, mereka cuma inginkan yg terbaik n selamat untuk kamu

Monday, August 23, 2010

syahdu..dgr plak lagu raya..

Lepas Sahur td aku byk wat blogwalking je, xde idea nak menulis. Tapi td rse rindu nak dgr lagu raya. Pegi kat Youtube n gugel lagu raya...syahdu nya weiiii. windu kat kpg halaman, mak tersayang n family terchinta....17 days left for ramadhan..ni sje aku nak share lagu raye ngn korang n beberapa pic insan2 yang sgt2 aku windu...sob2sob.

with my family mse pg cuti2 kat tioman
wth my sis n nephew

mama:Tacing sangat hari ni...mak tunggu ye..kami akan pulang sehari sebelum raya...huhu

Saturday, August 21, 2010

BEAUTIFUL EYE CONTEST BY NJ LENS

Aku mmg minat dengan colour lens n mmg kna pakai lens pon. Disebabkan aku x ske pakai spec klo pegi jln2 contact lens adalah pilihan yang terbaekkk. Disebab kan itu aku mmg teruja sgt nak join contest ni, manatau kot2 ade rezeki leh pakai tok raya :D. Since dah tau belog NJ LENSE ni..next time boleh beli kat sini je.

Jom kengkawan kita join contest yg best ni ..nak tau lebih lanjut  pegi sini

Powered by BannerFans.com

 Syarat2 nya adalah seperti berikut:
  1. Be NJ-LENS follower.-done
  2. Link and put NJ-LENS banner in ur blog*-done
  3. Snap a close up photo of ur beautiful eyes with or without contact lens.-done
  4. Edit photos are acceptable.-done
  5. We only accept 1 photo for each entry.-done
  6. Write about this contest in ur blog.Put NJ-LENS link in ur entry.-done
  7. Put this Beautiful Eyes Contest banner in ur side bar.-done
  8. After joining, leave ur name, email & ur entry link at this comment box.-done

ni la pic yg satu2 nye fokus kat mata tanpa disengajakan :P..
hope ade la rezeki nak dapat contact lens free :P.. raya dah x payah nak beli c/lens baru..hihi

Rezeki 11 ramadhan dr Mummyemir

6.00pm, ank2 dok ulang alik dekat depan umah tunggu abg pizza, tu yg malas nak gtau awai2 tu. Tapi dsebabkan mama yg over excited akhirnya aku gtau juga yang hari ini kitaorang akan makan pizza free hadiah giveaway dari kak mira ( I smell food giveaway by Ibu Emir)

After buka puasa, pizza yg ditunggu belum sampai, ank2 mcm frust skit. aku kemas2 n start basuh pinggan. Lam 5 mnit kemudian En. Amy panggil gtau pizza dah sampai, elehhh sje la tu nak main kan aku. Aku ignore jew..tp tgk En Amy cam serius n nampak mcm ade org kat luar, aku pon pg jenguk..yeahhh..dah sampai hadiah dari kak mira.

Sebelum makan, amik pic dlu..hehe..Nampak cam x penah makan pizza kan? Yang ni lain tau, ni pizza paling special, pizza hasil blogging :) Disebabkan dah mmg kenyang aku just amik garlic bread je skit..syok tgk ank2 makan. Sebelum makan kitaorg amik pic ni sbg phargaan buat Kak Mira.
Adam: mama, baikkan kawan mama ni, cepatla telefon kawan mama gtau terima kasih.
x sempat nak call kak mira dah call tnya dah dpt ke belum....Thanks Kak Mira..sweet sgt moment ni ( besala org baru 1st time dapat hadiah dr blogging.. hehe)

CONTEST SENYUMAN @HAPPY BIRTHDAY FARISYAH

Contest ni anjuran“Jue-Anna FauziE”semPeNa BirThday Farisyah Yang Ke 4
nak join boleh ke sini
kalau nak join mesti ikut ini 
v
v
v
v
Syarat2

1. Ada blog sendiri
2. Contest ini terbuka kepada anak yang berumur 1hari hingga 6tahun.
3. Letakkan SATU gambar yang menawarkan senyuman paling cun.
4.ConTest Berakhir Pada 08.09.2010 jam 5.32 petang (masa ni farisyah keluar dari perut  ibu)

Apa perlu dibuat: *senang aje

1. Wajib jadi follower
2. Buat 1 entry mengenai contest ni, dan pastikan link back ke contest ini
3. Letakkan banner contest di tepi sidebar blog anda dan juga entry anda. (harus ada link back ke contest ini iye)
4. Letakkan SATU gambar sahaja dan nyatakan NAMA & UMUR anak anda itu
5. Submit LINK entry anda itu pada comment box ENTRY contest ini sahaja.

HADIAH

Hadiah yang ditawarkan
Satu hadiah untuk boby…..dan satu hadiah untuk girl….(nanti beritahu kemudian tengah piker nak kasi ape untuk anak2 yang comel…)
Tapi klau murah rezeki maka saya akan menambah hadiahnye….

Pemilihan…

1.    mENcari gambar yang cun melecun sebanyak 5 orang boby n girl (akan di pilih oleh Cik HubbY)
2.     peserta terbaik itu akan di cabut undinye oleh BezDay GirL…

Here my Hero pic

Nama: Adam Razmin Bin Rohaimi

Umur: 6 Tahun (29.04.2004)

Friday, August 20, 2010

Cerita 10 ramadhan

Dari pg tadi sebenarnya nak siapkan post ni, tp xde mood plak..mood x datang2..:D.
Ni sume gara2 aku terlajak bangun sahur..kesian kat anak2 :(. Semalam En Amy xde, ke Kukup, Pontian ade kje disana. So seperti biasa aku layan berblogging smpi kul 1.30am n pg bf ammar skejap..tapi terbelayar smpi kul 2.30 am. Sedar2 aku kelam kabut tgk jam, ingatkn dah terlepas sahur..ropanya baru pukul 2.30 pagi. Aku pon bangun pg shutdown pc n smbung tdoq balik..aku dah lupa yg jam lom set tok sahur.

Mimpi punya mimpi..baik punya layan..tetiba aku tersedar sendiri ..kelam kabut bangun terus tengok jam..alamak!!!!!! pukul 5.32 am..aduss terkejar aku bangun , klo aku x sahur aku x kisah sbb dah biasa..tp bila ingatkn kakak n adik pon pose..aku trus buat milo panas..bawa pegi bilik kakak, kejutkan kakak n suh dia minum..hihi lawak mata pon dia x buka tp minum, pastu aku kejutkan adik suh minum n last skali aku minum.
Pas kakak gi sekolah, aku kejutkan adik suh bgun siap2 g sekolah..dia merungut nape x bgun sahur nnt dia lapar..nak buat mcm mana, mama minta maaf sbb x sedar.
Sepanjang ank2 bersekolah, aku rsau je balik jap lagi masing2 nak buka pose alasan sbb x bgun sahur. For sure aku xleh nak cakap apa sbb salah aku. Tapi alhamdulillah, apa yg aku fikirkan tu x terjadi pon..langsung diaorg x merungut, lega hati aku. Lagipon cuaca sejuk n lembap hari ni byk membantu :))

Seperti biasa, aku mmg pening x tau nak masak apa dah. Jemu betoii masak..tp dsbbkn malas nak drive n bawa c kecik ke Param so masak jerla. Kakak ajak aku buat puding roti. Aku ni bukan apa, klo kuih manis2, malas nak buat, beli lagi bagus..anak2 bukannya makan sgt. Cam tu ari buat kuih kasui..pas bg2 kat jiran ade la suku lagi, makan seketul dah x makan..alih2 tu dok lam fridge lagi.
Tapi c kakak ni excited sgt nak buat puding roti, dia bukan apa dia syok dapat tolong aku masak. Hari ni aku buat puding roti, Jemput udang (En Amy request) kari ayam, ikan goreng , sambal belacan n sikit balance ayam paprik semalm x abis..hihi

So enjoy ye pic aku n anak2 buat puding roti hari ni...
kakak yg excited sbb mama bg chance tolong

adik pon nak tolong sesangat
puding roti yang nak dikukus..kismis tu kawan En Amy yg baru balik dr umrah bagi, klo simpan sure x abis..so letak je la lam ni
kari ayam
Jemput udang+ kucai tauge

Kul 6.40 sume dah siap, aku pon ptong2 puding roti bagi2 kat jiran. Lepas bagi tinggal la kat aku lam 5/6 ptong je. Bukan apa, aku xmo la fridge aku penuh ngn simpanan makanan, sedekah lagi baguihh. Belum makan mmg rse x cukup, lepas buka pose, jamah seketul pon dah x larat.

balance yg tinggal..

Esok apa plak yang aku nak masak???pening betol. En Amy berbuka kat luar esok. So rsenya plan nak masak kuetiew grg jer la :D

BUTTERFLYSHOP 1ST GIVEAWAY

Join GA ni..
due on 31. 8. 2010
" Saya ingin menang hadiah daripada ButterflyShop"

Wednesday, August 18, 2010

kita share la mama..

Hari ni nak cite skit pasai ank dara ku yg sorang ni. Besala namapon anak dara..biaqpon umo baru 7 tahun tapi persaan nak melawa cam org besaq tu mmg melonjak lonjak. Tapi cam besala..ngn aku mmg dia x brani la..even nk try cuit skit lipstik mama. Aku mmg x ske..sllunya ayat aku " x payahla, kakak kecik lgi.budak2 x elok pakai mcm ni, buat malu je tau..sok2 kakak dah besar pakaila gajah badak pon..(ni ayat mak aku..gajah badak merujuk bedal je nak pakai apa pon)

Ada 1 kes, mse tu aku tengah lipat kain,  c kakak tengah tgk tv n aku pon panggil suh tolong n blaja lipat kain..aku suh lipat spentot2, singlet n baju2 yg kecik..terutamanya yang dia. Dia pon lipatla spentot dia smbil aku dok bebel suh lipat elok2. Skali dia pon angkat 1 spentot ni " ni mama punya ke?" .aku pon tengok " aiii..spender sendiri pon x kenal ke?" dia dok terbelek belek " ni bukan kakak punyala, tengok ni besar " geram je aku " la takkan spender mama, mama x kenal, abis kakak ingat montot kakak tu kecik ke?" hehe dia sengih..aku pon tergelak. Dia pon suggest kat aku suh tulis nama kat spentot so nnt senang nak tau spentot mama ke kakak :~..ape ke heeenya.. 

Penah skali tu aku tergelak rse cam nak berguling guling, tp disebabkan mse tu aku lam pantang aku tahan kan je. Aku baru balik dari spital pas delivered ammar. Sampai je kat umah, kakak baru lepas mandi, alkisahnya ank2 aku sllunya aku yg akan sediakan baju tuk diaorang so after siap mandi diaorg terus pakai je la. Tapi bila aku dah x bleh buat sume tu, diaorg pon buat sendiri. Masuk je aku dlm umah aku tgk dia tgh tgk tv.. dia tgk aku n terus angkat skirt dia " mama ..ni spender baru kakak ke?"..terjegil aku bcampur nak tergelak " kaaaaakaaaaaaaaaaaak..tu spender mama la"slow je aku cakap , maklumla lam pantang..trus dia ketawa "la akk ingat akk punya sbb kaler pink" adoaiii ank dara aku ni..spender mama pon dia pakai..muat plak tu:) ( hihi..perasan montot still gojes..hehe)

Sekarang ni korang nak tau benda apa yang dia sllu nak share ngn aku..akhirnya aku bagi je kat dia..wpon dia bukan pakai sgt pon..TUDUNG...x bleh kata apa dah..namanya pon pompuan. Besaq ke kecik ke..minat kat benda2 mcm ni dah mmg tersurat. Tapi aku bersyukur sangat sbb dia ank perempuan sulung yg sllu jd assistant n kawan sembang aku..kawan gaduh pon ye jugak..hehe.
 So layanzz antara pic2 kakak yg aku ske :D
 tudung mama dah jd milik kakak

jadi model tok tudung mama..tp akhirnya jd hak dia jugak
pipi pau terlebey yis :P

mama: sian kakak, hasrat nak diet..timbang weight x penah berubah, pandai plak stress sbb berat x trun..:D tp doc dah cakap utk kanak2 yg sedang membesar mmg xkan trun, klo trn pon sekilo 2 je.

SENYUMAN MANIS SICOMEL GIVEAWAY

Jom join Giveaway dr mamazarith sempena 2nd year birthday anaknya Irfan Zarith. Boleh dapat maklumat lanjut disini

So here my little hero pic...

 Nama Penuh Sicomel: Ammar Mierza Bin Rohaimi
Umur Sicomel: 10 bulan (2.10.2009)
Status Sicomel: anak sendiri nih..:)
Nama Pengirim:kemma

Mse ni ammar br bangon tidor, sperti biasa mama akan bg ammar main buai2 dlu. Mmg feveret ammar duduk smbil dbuaikan. Tengok tu....senyum melerek..nak2 lagi nyanyi pastu mama melatah ..wah bukan main mengekek lagi c kecik ni.. n mama pon sllu buat latah..opocotttttt!!!!!..sje je nak tgk gusi ammar..hehe

GIVEAWAY RAYA BY MRS NORHOBI

Jom join giveaway dr Mrs Nor..hadiah sgt berbaloi baloi..
nak tahu lebih lanjut tengok kat sini
 
n paling best ada hadiah misteri untuk yang buat entry..tunggu apalagi 

jom join sblum 23/8/2010

MEGAHASZ GIVEAWAY #3/2010

Saya nak menang buku Wardina: Mama Saya Lapar 
di http://megahasz.blogspot.com

 Nak join giveaway anjuran

Manatau kot2 ade rezeki dapat hadiah ni kan..
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

"mama saya lapar" dari Wardina
tingin  tol nak buku ni..dapat free best jugak :P

cepat2 join  sebelum closing date GA ni 31/8/2010

Tuesday, August 17, 2010

adam driving!

Bangun pagi ahad tu hari, adik tecongok je. Termenung n mcm orang tengah berfikir jauh. Aku tanya knapa, dia diam je. rsau plak aku, tp aku ignore je..mayb sbb baru bangon tdo.

Akhirnya dia bercerita yang dia bermimpi transformer datang serang, pastu mama n abah lari naik motor n dia trus bawa kakak n ammar naik keta nak langgar transformer..tergelak aku. Tu la main game x benti2 lagi. Teringat plak aku kata2 adam kat En. Amy setiap kali kitaorg balik ke kpg "abah..klo penat bg adik bawa kete" gelak sakan aku ..:))

Aku tanya gak dia knapa mama n abah tinggal kakak, adik n ammar..dia cakap ntahla mungkin sebab mama n abah takut transformer pijak kot...
Ni la antara kesan main game terlalu kerap

mama:Bila berjauhan dengan ank2 keletah diaorg la yg buat kita angau

Monday, August 16, 2010

murtabak singapore tok mekchu cuci mata

Post ni khas buat mekchu sbb tu ari mase G jln kat Param Rompin aku x snap pic murtabak so kali ni aku pi Param Kat Bandar Baru Uda, Jb khas nak beli murtabak singapore n nak amik pic tok tatapan mekchu..hehe(jgn leleh air liur tau mekchu)
Sebelum ni kan aku cakap aku ni x minat sgt murtabak kat jb ni sbb singapore stail. Pada ku murtabak Taiping gak terbaekk.:D

Apa perbezaannya?
Murtabak yang aku minat murtabak yg bentuknya 4 segi tepat lebih kurang lam 1 1/2 inci tebal. Sedap..penuh bawang, telur n daging/ayam.Kuah cicah dia bawang yg kaler pink rse msam2 manis..cedapp. Rsa2nya kat jb ni aku lom jumpa mcm tu.

Murtabak singapore..
Leper cam roti canai tp dalamnya ade letak daging cincang yg dah dimasak dlu smpai kering, bawang n telur. Selalunya murtabak biasa dia akan campur sume bahan ni sekali lam satu bekas n tuangkan atas kulit murtabak, tapi stail singapore len skit..sume pakai tabur satu persatu. Harga ikut saiz kalo yg besa Rm 5 n klo yg spesel RM 10, spesel tu dia akan tabur daging cincang yg dah dimasak kat atas murtabak sebelum dibungkus..tap klo yg spesel tu mmg besaq gila cuma yg x syiokkk sbb dia mmg nipis mcm roti canai je. Ni pic2 yg aku amik ...cuci mata ye:D

beli yang spesel Rm 10 tp x abis..ank2 makan skit je

Aku rsa kat Kl memang xdak masalah, sebut sja nak makan stail negeri mana sume ada. Tambah2 klo dapat pi Jalan Tar. Rindunya Jalan TAR

Sunday, August 15, 2010

bubur lambuk buat aku rindu pada ayah

Hari kedua adik n kakak pegi amik bubur lambuk kat masjid dekat umah. Masa makan bubur lambuk tu sangat2 teringat kat arwah ayah..huhu. Sebak sangat. Dulu masa arwah ada setiap kali bulan pose datang ayah memang di tugaskan beli bahan2 buat bubur lambuk setiap hari. As tok siak arwah jugak sokrang yang sangat displin buat kja, almaklumla bekas army kan.

Selalunya bila menjelang petang ayah akan bawa kuih pegi masjid n 1 jag kecik sbb nak tapau bubur lambuk.Oopss lupa, klo kat tempat aku kitaorang panggil kanji. Siyess sangat sedap coz mewah ngn daging n udang..yummy sedap.

Tp 2 tahun pemergian ayah, bila aku balik kampung nak sambut raya, sehari sebelum raya bila sampai waktu berbuka kanji dah x jadi hidangan kami lagi..dah x sma masa arwah ayah ada...
Dalamnya rindu ini pada ayah...Ya 'Allah, tempatkanlah ayahku bersama- sama orang yang beriman..amin

satu2 nya pic dengan ayah..2 tahun lepas

mama:bubur lambuk buat aku mnangis hari ni

chef assistant

xde ape nak share di bulan pose yg agak bz bagi aku taun ni..konon2 bz..hehe. seperti yang aku citekan skg ni aku dah mula start tolong jiran aku masak kat umah dia lauk pauk untuk ank2 dia jual di bazar ramadhan. Just nak share beberapa pic lauk2 yg telah dimasak. Semalam over bz disebabkn tambah menu nasi ayam n ammar pon buat perangai xnak main mayb dia x selesa sebab flu. So aku terpaksa la amik tugas2 memotong n menghias sje, mna taknya ammar dok atas riba n xmo kat spa2. So jamu mata ye.. nak pi masak dah ni..:D.. ohh lupa lak..menu hari ni tok buka pose spesel as per requeast dari ank2..mee goreng mamak + ayam goreng..air soya mama.
peria yg belum di goreng

sambal untuk paru

asam pedas ayam

lemak cili api ikan kembong

keli sambal hijau

ni sebahagian je yang siap..pastu aku dah bz siapkn nasi ayam n bz gak meriba ammar..:D

soya homemade

Dah bape hari plan nak buat air soya sendiri, tp asik dok btangguh je. Bila anak dok gila beli soya kat bazar ramadhan, baik aku buat sendiri lg puas minum kan? aku wat skit dlu sbb ni st time buat.Aku beli kacang soya 3 hinggit je. So lepas sahur aku rendam kacang soya n lam pukul 3 ptg aku start blend, tapis n masak, kul 4 sume dah siap n sejukkan. Mudah n puas hati..

hampas soya ...sgt halus klo lulur kat bodan ok gak ni:)

masak atas api sederhana takut meruap so kacau la sllu

lepas letak gula, kacau dah mendidih leh sejukkan..

Lupa dah nak snap bape botoi aku dapat..aku dapat 2 botol mineral besar n 2 botol mineral kecik.After buka cuma tinggai 1 botol besar je..cukupla tok berbuka petang ni:)

Monday, August 30, 2010

Mood raya:)

Posted by kemma at 9:36 AM 6 comments

Posted by kemma at 4:54 AM 0 comments

Posted by kemma at 12:18 AM 7 comments

Posted by kemma at 10:28 PM 6 comments
Hari ni aku betul2 rse mcm kekontangan.. rse cam betul2 dihidrasi..sebaik x pengsan je. Nak bf ammar pon rse x mampu. Pukul 3ptg tadi rse x mampu dah, kering sgt..abis rse pedih2 kat bibir. Ammar plak asik merengek je, mayb x puas menyusu. Sahur tadi aku amik milo secawan n segelas air suam...nak minum byk tp dah x bleh masuk.Tapi aku tahan je..sayang nak tinggal. Biasela cuaca hari ni pon panas. Lagipon ni adalah salah satu cabaran bagi ibu2 yg bf di bulan ramadhan..apapon itu adalah pengalaman  n pengorbanan..:) Menjadi ibu  perlu kuat mental n fizikal..chayook2 :P. Pas berehat lam stgh jam aku pon dah start nak masak nasi ayam..kan aku cakap ibu2 ni, kalau mcm mana pon dalam hati mesti dahulukan ank2..yap..there are my everything.. kakak n adik pon berpose x pnh merungut, that's why aku sgt cuba memenuhi apa yg diaorg teringin nak makan.

Memenuhi permintaan mereka juga, hari ni menu berbuka nasi ayam n lengkong/agar2 sirap santan. Si kakak yg nak makan sgt ns ayam.. dia cakap beli x sedap...(perasan msk sedap la tu :P..sila muntah klau  meluat..nak buat camne ank2 mest minat mak dia masakkan kan?) hehe
menu berbuka td nasi ayam+ lengkong sirap santan

 Malam ni aku nak minum banyak2...:P

Dah agak dah..baru posa ke berapa ade yg kena

Posted by kemma at 12:21 AM 7 comments
Hari ni baru 13 Ramadhan, tapi berita budak yg kena mercun dah lebih dari 5 ..ape la budak2 ni. Aku rsekan raya kita je, asik2 budak kena mercun. x kirala buatan sendiri ke apa. Raya kaum lain xde pulak, klo ade pon mayb kes2 yg terpencil je. Bila tengok news kat tv jd geram plak, bukan ape geram sebab diaorg ni xtau takut n geram kat org yg jual mercun yang merbahaya tuh. Klo setakat bunga api okla n certain2 mercun yg boleh dianggap selamat. Siyess kat area umah aku ni pon dah acapkali dah dgr dentuman mercun. Bila kena yg kuat, perghh bengang siot. tambah plak ammar tdo pon leh terkejut..siyes aku maki:P
Go to fullsize image
from yahoo search..ingat kn nk letak pic org kna mercun..eii ngeri la plak

Td tengok berita, kes  kat Kota Bharu lagi, budak pra sek yg nyaris buta terkena mercun bola,before this budak darjah dua pon sma kena serpihan letupan mercun bola.. hishh mmg aku menyampah gila kat mercun bola ni, kuat nak mampus bunyi dia..tambah2 plak kita dok ralit masak ke, dok buat biz lam toilet ke..bleh gugur jantung oooo.

Kata org x meriah klo x bunyi dentuman mercun, abis meriah sgt ke klo mata buta sebelah kena mercun, jari putus 3 sbb mercun meletup kat tangan. Td mse tengok news, aku cakap kat adam," ha'ah tgk tu, xdan apa2 lg dah kna mercun..x pasal2 je mata ceme sebelah..adik nak jadi camtu ke?? adam geleng kepala.."adik main bunga api je..pastu main mercun bawang.." hahaha.. mercun bawang tu sma ngn mercun pop yg bila kita baling kat lantai dia meletup.

Kecik2 boleh la diatur, naik sekolah rendah skit, kurang je perhati mula la ade je akai diaorg ni nak buat macam2. Pastu pandai plak bg alasan. Ya Allah jauhkan la anak2ku dr semua itu. Ada juga org cakap "bestnya ank2 ang dah besa, anak2 aku kecik2 lg"..best x bestla..cabaran anak yg besar lagi teruk dari jaga ank kecik.  Anak kecik bleh gak kita marah or sekat, tapi anak2 yg dah besar ni byk pendekatan kna guna, pendek kata mmg kena main ngn akal n perasaan. Sebab tu bila pk cabaran2 membesarkan anak2 ni, makin takut rsanya...harap2 aku dapat membimbing mereka menjadi org berguna. Aikkk.. melalut kemana la aku ni.. bukan apa..kdg2 geram dgr berita budak kena mercun..pada aku ni sume sbb x dgr cakap mak bapak la ni..tp klo dah tersurat nak kna mercun ..Allah sahaja yg mengetahui.

mama: ank2 plz la dgr cakap ibu bapa, mereka cuma inginkan yg terbaik n selamat untuk kamu

Monday, August 23, 2010

syahdu..dgr plak lagu raya..

Posted by kemma at 7:50 AM 1 comments
Lepas Sahur td aku byk wat blogwalking je, xde idea nak menulis. Tapi td rse rindu nak dgr lagu raya. Pegi kat Youtube n gugel lagu raya...syahdu nya weiiii. windu kat kpg halaman, mak tersayang n family terchinta....17 days left for ramadhan..ni sje aku nak share lagu raye ngn korang n beberapa pic insan2 yang sgt2 aku windu...sob2sob.

with my family mse pg cuti2 kat tioman
wth my sis n nephew

mama:Tacing sangat hari ni...mak tunggu ye..kami akan pulang sehari sebelum raya...huhu

Saturday, August 21, 2010

BEAUTIFUL EYE CONTEST BY NJ LENS

Posted by kemma at 11:29 PM 3 comments
Aku mmg minat dengan colour lens n mmg kna pakai lens pon. Disebabkan aku x ske pakai spec klo pegi jln2 contact lens adalah pilihan yang terbaekkk. Disebab kan itu aku mmg teruja sgt nak join contest ni, manatau kot2 ade rezeki leh pakai tok raya :D. Since dah tau belog NJ LENSE ni..next time boleh beli kat sini je.

Jom kengkawan kita join contest yg best ni ..nak tau lebih lanjut  pegi sini

Powered by BannerFans.com

 Syarat2 nya adalah seperti berikut:
  1. Be NJ-LENS follower.-done
  2. Link and put NJ-LENS banner in ur blog*-done
  3. Snap a close up photo of ur beautiful eyes with or without contact lens.-done
  4. Edit photos are acceptable.-done
  5. We only accept 1 photo for each entry.-done
  6. Write about this contest in ur blog.Put NJ-LENS link in ur entry.-done
  7. Put this Beautiful Eyes Contest banner in ur side bar.-done
  8. After joining, leave ur name, email & ur entry link at this comment box.-done

ni la pic yg satu2 nye fokus kat mata tanpa disengajakan :P..
hope ade la rezeki nak dapat contact lens free :P.. raya dah x payah nak beli c/lens baru..hihi

Rezeki 11 ramadhan dr Mummyemir

Posted by kemma at 11:13 PM 2 comments
6.00pm, ank2 dok ulang alik dekat depan umah tunggu abg pizza, tu yg malas nak gtau awai2 tu. Tapi dsebabkan mama yg over excited akhirnya aku gtau juga yang hari ini kitaorang akan makan pizza free hadiah giveaway dari kak mira ( I smell food giveaway by Ibu Emir)

After buka puasa, pizza yg ditunggu belum sampai, ank2 mcm frust skit. aku kemas2 n start basuh pinggan. Lam 5 mnit kemudian En. Amy panggil gtau pizza dah sampai, elehhh sje la tu nak main kan aku. Aku ignore jew..tp tgk En Amy cam serius n nampak mcm ade org kat luar, aku pon pg jenguk..yeahhh..dah sampai hadiah dari kak mira.

Sebelum makan, amik pic dlu..hehe..Nampak cam x penah makan pizza kan? Yang ni lain tau, ni pizza paling special, pizza hasil blogging :) Disebabkan dah mmg kenyang aku just amik garlic bread je skit..syok tgk ank2 makan. Sebelum makan kitaorg amik pic ni sbg phargaan buat Kak Mira.
Adam: mama, baikkan kawan mama ni, cepatla telefon kawan mama gtau terima kasih.
x sempat nak call kak mira dah call tnya dah dpt ke belum....Thanks Kak Mira..sweet sgt moment ni ( besala org baru 1st time dapat hadiah dr blogging.. hehe)

CONTEST SENYUMAN @HAPPY BIRTHDAY FARISYAH

Posted by kemma at 11:57 AM 1 comments
Contest ni anjuran“Jue-Anna FauziE”semPeNa BirThday Farisyah Yang Ke 4
nak join boleh ke sini
kalau nak join mesti ikut ini 
v
v
v
v
Syarat2

1. Ada blog sendiri
2. Contest ini terbuka kepada anak yang berumur 1hari hingga 6tahun.
3. Letakkan SATU gambar yang menawarkan senyuman paling cun.
4.ConTest Berakhir Pada 08.09.2010 jam 5.32 petang (masa ni farisyah keluar dari perut  ibu)

Apa perlu dibuat: *senang aje

1. Wajib jadi follower
2. Buat 1 entry mengenai contest ni, dan pastikan link back ke contest ini
3. Letakkan banner contest di tepi sidebar blog anda dan juga entry anda. (harus ada link back ke contest ini iye)
4. Letakkan SATU gambar sahaja dan nyatakan NAMA & UMUR anak anda itu
5. Submit LINK entry anda itu pada comment box ENTRY contest ini sahaja.

HADIAH

Hadiah yang ditawarkan
Satu hadiah untuk boby…..dan satu hadiah untuk girl….(nanti beritahu kemudian tengah piker nak kasi ape untuk anak2 yang comel…)
Tapi klau murah rezeki maka saya akan menambah hadiahnye….

Pemilihan…

1.    mENcari gambar yang cun melecun sebanyak 5 orang boby n girl (akan di pilih oleh Cik HubbY)
2.     peserta terbaik itu akan di cabut undinye oleh BezDay GirL…

Here my Hero pic

Nama: Adam Razmin Bin Rohaimi

Umur: 6 Tahun (29.04.2004)

Friday, August 20, 2010

Cerita 10 ramadhan

Posted by kemma at 11:51 PM 4 comments
Dari pg tadi sebenarnya nak siapkan post ni, tp xde mood plak..mood x datang2..:D.
Ni sume gara2 aku terlajak bangun sahur..kesian kat anak2 :(. Semalam En Amy xde, ke Kukup, Pontian ade kje disana. So seperti biasa aku layan berblogging smpi kul 1.30am n pg bf ammar skejap..tapi terbelayar smpi kul 2.30 am. Sedar2 aku kelam kabut tgk jam, ingatkn dah terlepas sahur..ropanya baru pukul 2.30 pagi. Aku pon bangun pg shutdown pc n smbung tdoq balik..aku dah lupa yg jam lom set tok sahur.

Mimpi punya mimpi..baik punya layan..tetiba aku tersedar sendiri ..kelam kabut bangun terus tengok jam..alamak!!!!!! pukul 5.32 am..aduss terkejar aku bangun , klo aku x sahur aku x kisah sbb dah biasa..tp bila ingatkn kakak n adik pon pose..aku trus buat milo panas..bawa pegi bilik kakak, kejutkan kakak n suh dia minum..hihi lawak mata pon dia x buka tp minum, pastu aku kejutkan adik suh minum n last skali aku minum.
Pas kakak gi sekolah, aku kejutkan adik suh bgun siap2 g sekolah..dia merungut nape x bgun sahur nnt dia lapar..nak buat mcm mana, mama minta maaf sbb x sedar.
Sepanjang ank2 bersekolah, aku rsau je balik jap lagi masing2 nak buka pose alasan sbb x bgun sahur. For sure aku xleh nak cakap apa sbb salah aku. Tapi alhamdulillah, apa yg aku fikirkan tu x terjadi pon..langsung diaorg x merungut, lega hati aku. Lagipon cuaca sejuk n lembap hari ni byk membantu :))

Seperti biasa, aku mmg pening x tau nak masak apa dah. Jemu betoii masak..tp dsbbkn malas nak drive n bawa c kecik ke Param so masak jerla. Kakak ajak aku buat puding roti. Aku ni bukan apa, klo kuih manis2, malas nak buat, beli lagi bagus..anak2 bukannya makan sgt. Cam tu ari buat kuih kasui..pas bg2 kat jiran ade la suku lagi, makan seketul dah x makan..alih2 tu dok lam fridge lagi.
Tapi c kakak ni excited sgt nak buat puding roti, dia bukan apa dia syok dapat tolong aku masak. Hari ni aku buat puding roti, Jemput udang (En Amy request) kari ayam, ikan goreng , sambal belacan n sikit balance ayam paprik semalm x abis..hihi

So enjoy ye pic aku n anak2 buat puding roti hari ni...
kakak yg excited sbb mama bg chance tolong

adik pon nak tolong sesangat
puding roti yang nak dikukus..kismis tu kawan En Amy yg baru balik dr umrah bagi, klo simpan sure x abis..so letak je la lam ni
kari ayam
Jemput udang+ kucai tauge

Kul 6.40 sume dah siap, aku pon ptong2 puding roti bagi2 kat jiran. Lepas bagi tinggal la kat aku lam 5/6 ptong je. Bukan apa, aku xmo la fridge aku penuh ngn simpanan makanan, sedekah lagi baguihh. Belum makan mmg rse x cukup, lepas buka pose, jamah seketul pon dah x larat.

balance yg tinggal..

Esok apa plak yang aku nak masak???pening betol. En Amy berbuka kat luar esok. So rsenya plan nak masak kuetiew grg jer la :D

BUTTERFLYSHOP 1ST GIVEAWAY

Posted by kemma at 1:17 AM 1 comments
Join GA ni..
due on 31. 8. 2010
" Saya ingin menang hadiah daripada ButterflyShop"

Wednesday, August 18, 2010

kita share la mama..

Posted by kemma at 11:36 PM 8 comments
Hari ni nak cite skit pasai ank dara ku yg sorang ni. Besala namapon anak dara..biaqpon umo baru 7 tahun tapi persaan nak melawa cam org besaq tu mmg melonjak lonjak. Tapi cam besala..ngn aku mmg dia x brani la..even nk try cuit skit lipstik mama. Aku mmg x ske..sllunya ayat aku " x payahla, kakak kecik lgi.budak2 x elok pakai mcm ni, buat malu je tau..sok2 kakak dah besar pakaila gajah badak pon..(ni ayat mak aku..gajah badak merujuk bedal je nak pakai apa pon)

Ada 1 kes, mse tu aku tengah lipat kain,  c kakak tengah tgk tv n aku pon panggil suh tolong n blaja lipat kain..aku suh lipat spentot2, singlet n baju2 yg kecik..terutamanya yang dia. Dia pon lipatla spentot dia smbil aku dok bebel suh lipat elok2. Skali dia pon angkat 1 spentot ni " ni mama punya ke?" .aku pon tengok " aiii..spender sendiri pon x kenal ke?" dia dok terbelek belek " ni bukan kakak punyala, tengok ni besar " geram je aku " la takkan spender mama, mama x kenal, abis kakak ingat montot kakak tu kecik ke?" hehe dia sengih..aku pon tergelak. Dia pon suggest kat aku suh tulis nama kat spentot so nnt senang nak tau spentot mama ke kakak :~..ape ke heeenya.. 

Penah skali tu aku tergelak rse cam nak berguling guling, tp disebabkan mse tu aku lam pantang aku tahan kan je. Aku baru balik dari spital pas delivered ammar. Sampai je kat umah, kakak baru lepas mandi, alkisahnya ank2 aku sllunya aku yg akan sediakan baju tuk diaorang so after siap mandi diaorg terus pakai je la. Tapi bila aku dah x bleh buat sume tu, diaorg pon buat sendiri. Masuk je aku dlm umah aku tgk dia tgh tgk tv.. dia tgk aku n terus angkat skirt dia " mama ..ni spender baru kakak ke?"..terjegil aku bcampur nak tergelak " kaaaaakaaaaaaaaaaaak..tu spender mama la"slow je aku cakap , maklumla lam pantang..trus dia ketawa "la akk ingat akk punya sbb kaler pink" adoaiii ank dara aku ni..spender mama pon dia pakai..muat plak tu:) ( hihi..perasan montot still gojes..hehe)

Sekarang ni korang nak tau benda apa yang dia sllu nak share ngn aku..akhirnya aku bagi je kat dia..wpon dia bukan pakai sgt pon..TUDUNG...x bleh kata apa dah..namanya pon pompuan. Besaq ke kecik ke..minat kat benda2 mcm ni dah mmg tersurat. Tapi aku bersyukur sangat sbb dia ank perempuan sulung yg sllu jd assistant n kawan sembang aku..kawan gaduh pon ye jugak..hehe.
 So layanzz antara pic2 kakak yg aku ske :D
 tudung mama dah jd milik kakak

jadi model tok tudung mama..tp akhirnya jd hak dia jugak
pipi pau terlebey yis :P

mama: sian kakak, hasrat nak diet..timbang weight x penah berubah, pandai plak stress sbb berat x trun..:D tp doc dah cakap utk kanak2 yg sedang membesar mmg xkan trun, klo trn pon sekilo 2 je.

SENYUMAN MANIS SICOMEL GIVEAWAY

Posted by kemma at 12:47 PM 5 comments
Jom join Giveaway dr mamazarith sempena 2nd year birthday anaknya Irfan Zarith. Boleh dapat maklumat lanjut disini

So here my little hero pic...

 Nama Penuh Sicomel: Ammar Mierza Bin Rohaimi
Umur Sicomel: 10 bulan (2.10.2009)
Status Sicomel: anak sendiri nih..:)
Nama Pengirim:kemma

Mse ni ammar br bangon tidor, sperti biasa mama akan bg ammar main buai2 dlu. Mmg feveret ammar duduk smbil dbuaikan. Tengok tu....senyum melerek..nak2 lagi nyanyi pastu mama melatah ..wah bukan main mengekek lagi c kecik ni.. n mama pon sllu buat latah..opocotttttt!!!!!..sje je nak tgk gusi ammar..hehe

GIVEAWAY RAYA BY MRS NORHOBI

Posted by kemma at 6:33 AM 0 comments
Jom join giveaway dr Mrs Nor..hadiah sgt berbaloi baloi..
nak tahu lebih lanjut tengok kat sini
 
n paling best ada hadiah misteri untuk yang buat entry..tunggu apalagi 

jom join sblum 23/8/2010

MEGAHASZ GIVEAWAY #3/2010

Posted by kemma at 5:47 AM 1 comments
Saya nak menang buku Wardina: Mama Saya Lapar 
di http://megahasz.blogspot.com

 Nak join giveaway anjuran

Manatau kot2 ade rezeki dapat hadiah ni kan..
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

"mama saya lapar" dari Wardina
tingin  tol nak buku ni..dapat free best jugak :P

cepat2 join  sebelum closing date GA ni 31/8/2010

Tuesday, August 17, 2010

adam driving!

Posted by kemma at 12:57 AM 2 comments
Bangun pagi ahad tu hari, adik tecongok je. Termenung n mcm orang tengah berfikir jauh. Aku tanya knapa, dia diam je. rsau plak aku, tp aku ignore je..mayb sbb baru bangon tdo.

Akhirnya dia bercerita yang dia bermimpi transformer datang serang, pastu mama n abah lari naik motor n dia trus bawa kakak n ammar naik keta nak langgar transformer..tergelak aku. Tu la main game x benti2 lagi. Teringat plak aku kata2 adam kat En. Amy setiap kali kitaorg balik ke kpg "abah..klo penat bg adik bawa kete" gelak sakan aku ..:))

Aku tanya gak dia knapa mama n abah tinggal kakak, adik n ammar..dia cakap ntahla mungkin sebab mama n abah takut transformer pijak kot...
Ni la antara kesan main game terlalu kerap

mama:Bila berjauhan dengan ank2 keletah diaorg la yg buat kita angau

Monday, August 16, 2010

murtabak singapore tok mekchu cuci mata

Posted by kemma at 8:00 AM 7 comments
Post ni khas buat mekchu sbb tu ari mase G jln kat Param Rompin aku x snap pic murtabak so kali ni aku pi Param Kat Bandar Baru Uda, Jb khas nak beli murtabak singapore n nak amik pic tok tatapan mekchu..hehe(jgn leleh air liur tau mekchu)
Sebelum ni kan aku cakap aku ni x minat sgt murtabak kat jb ni sbb singapore stail. Pada ku murtabak Taiping gak terbaekk.:D

Apa perbezaannya?
Murtabak yang aku minat murtabak yg bentuknya 4 segi tepat lebih kurang lam 1 1/2 inci tebal. Sedap..penuh bawang, telur n daging/ayam.Kuah cicah dia bawang yg kaler pink rse msam2 manis..cedapp. Rsa2nya kat jb ni aku lom jumpa mcm tu.

Murtabak singapore..
Leper cam roti canai tp dalamnya ade letak daging cincang yg dah dimasak dlu smpai kering, bawang n telur. Selalunya murtabak biasa dia akan campur sume bahan ni sekali lam satu bekas n tuangkan atas kulit murtabak, tapi stail singapore len skit..sume pakai tabur satu persatu. Harga ikut saiz kalo yg besa Rm 5 n klo yg spesel RM 10, spesel tu dia akan tabur daging cincang yg dah dimasak kat atas murtabak sebelum dibungkus..tap klo yg spesel tu mmg besaq gila cuma yg x syiokkk sbb dia mmg nipis mcm roti canai je. Ni pic2 yg aku amik ...cuci mata ye:D

beli yang spesel Rm 10 tp x abis..ank2 makan skit je

Aku rsa kat Kl memang xdak masalah, sebut sja nak makan stail negeri mana sume ada. Tambah2 klo dapat pi Jalan Tar. Rindunya Jalan TAR

Sunday, August 15, 2010

bubur lambuk buat aku rindu pada ayah

Posted by kemma at 10:40 PM 0 comments
Hari kedua adik n kakak pegi amik bubur lambuk kat masjid dekat umah. Masa makan bubur lambuk tu sangat2 teringat kat arwah ayah..huhu. Sebak sangat. Dulu masa arwah ada setiap kali bulan pose datang ayah memang di tugaskan beli bahan2 buat bubur lambuk setiap hari. As tok siak arwah jugak sokrang yang sangat displin buat kja, almaklumla bekas army kan.

Selalunya bila menjelang petang ayah akan bawa kuih pegi masjid n 1 jag kecik sbb nak tapau bubur lambuk.Oopss lupa, klo kat tempat aku kitaorang panggil kanji. Siyess sangat sedap coz mewah ngn daging n udang..yummy sedap.

Tp 2 tahun pemergian ayah, bila aku balik kampung nak sambut raya, sehari sebelum raya bila sampai waktu berbuka kanji dah x jadi hidangan kami lagi..dah x sma masa arwah ayah ada...
Dalamnya rindu ini pada ayah...Ya 'Allah, tempatkanlah ayahku bersama- sama orang yang beriman..amin

satu2 nya pic dengan ayah..2 tahun lepas

mama:bubur lambuk buat aku mnangis hari ni

chef assistant

Posted by kemma at 11:05 AM 4 comments
xde ape nak share di bulan pose yg agak bz bagi aku taun ni..konon2 bz..hehe. seperti yang aku citekan skg ni aku dah mula start tolong jiran aku masak kat umah dia lauk pauk untuk ank2 dia jual di bazar ramadhan. Just nak share beberapa pic lauk2 yg telah dimasak. Semalam over bz disebabkn tambah menu nasi ayam n ammar pon buat perangai xnak main mayb dia x selesa sebab flu. So aku terpaksa la amik tugas2 memotong n menghias sje, mna taknya ammar dok atas riba n xmo kat spa2. So jamu mata ye.. nak pi masak dah ni..:D.. ohh lupa lak..menu hari ni tok buka pose spesel as per requeast dari ank2..mee goreng mamak + ayam goreng..air soya mama.
peria yg belum di goreng

sambal untuk paru

asam pedas ayam

lemak cili api ikan kembong

keli sambal hijau

ni sebahagian je yang siap..pastu aku dah bz siapkn nasi ayam n bz gak meriba ammar..:D

soya homemade

Posted by kemma at 8:43 AM 2 comments
Dah bape hari plan nak buat air soya sendiri, tp asik dok btangguh je. Bila anak dok gila beli soya kat bazar ramadhan, baik aku buat sendiri lg puas minum kan? aku wat skit dlu sbb ni st time buat.Aku beli kacang soya 3 hinggit je. So lepas sahur aku rendam kacang soya n lam pukul 3 ptg aku start blend, tapis n masak, kul 4 sume dah siap n sejukkan. Mudah n puas hati..

hampas soya ...sgt halus klo lulur kat bodan ok gak ni:)

masak atas api sederhana takut meruap so kacau la sllu

lepas letak gula, kacau dah mendidih leh sejukkan..

Lupa dah nak snap bape botoi aku dapat..aku dapat 2 botol mineral besar n 2 botol mineral kecik.After buka cuma tinggai 1 botol besar je..cukupla tok berbuka petang ni:)
 
©2009 da tru luv | by TNB